You Know My Name Not My Story


HOME LINKIES THE BOSS FACEBOOK ASK.FM FOLLOW


Thursday 11 September 2014 - 0 COMMENTS

Assalamualaikum.
Disini aku nk berceloteh sikit pasal 2razi. Dgr molek, bace betol. And wajib berpolite here.

Teacher Masitah empunya diri
Guru kelas 2 al razi
Orangnya cantik suka berdikari
Tegas sekali perwatakan diri.

31 ahli kelas kami
2 al razi ceria sekali
Suka duka sama dirasai
Itulah kami murid 2 razi.

Orangnya pintar kecil sekali
Ketua kelas memimpin kami
Anak kesayangan guru-guru disini
Mohd Rasyidi nama diberi.

Berkulit putih berseri-seri
Orangnya cantik setiap hari
Liyana Wahida baik sekali
Menjadi penolong 2 razi.

Diam-diam ubi berisi
Amboi, diam-diam rajin sekali
Tulisannya kemas menarik hati
Naidatul Natasya nama diberi.

Bercermin mata berbingkai hitam
Suke berceloteh tak duduk diam
Syaza anak Pak Mazni
Orangnya cantik dan banyak ragam.

Matanya sepet bila ketawa
Tidak teratur bila berbicara
Celotehnya mengubati hari yg lara
Namanya Siddiq, milik seseorang rupanya.

Hitam manis berbudi bahasa
Berbadan sederhana berkaca mata
Lirikan matanya luar biasa
Nurul Adilah 'best student' tercinta.

Wajahnya seakan orang kacukan
Teman sejati dalam persahabatan
Pergi kemana-mana bergaya sakan
Anaqi Zakaria lelaki pujaan.

Orangnya bijak ayu sekali
Pelajar bagus pada zaman ini
Syaidatul Natasha empunya diri
Dididik dari kecil lagi.

Orangnya berbudi dan baik hati
Kalau bercakap hebat sekali
Cerita hidupnya selalu dikongsi
Syazlin namanya tersemat di hati.

Berbadan 'kecil' berkening lebat
Sentiasa kemas setiap hari
Siti Aisyah nama diberi
Sekali pandang terpikat dihati.

Suaranya kuat bagai hali litar
Sekali ketawa bergegar dunia
Bermulut sexy nama diberi Zariffitri
Anak kepada Encik Zaki.

Berbadan gempal pipinya gebu
Mukanya bulat macam donat
Mengganggu orang itu itu kerjanya
Aiman Zaki bersifat ceria.

Bila belajar hebat sekali
Bahasa Melayu paling diminati
Nampak pendek tapi tinggi
Aishah orangnya baik sekali.

Berbaju biru setiap hari
Hanya die pengawas kami
Seorang pengawas berdedikasi
Athirah Yasmin tegas sekali.

Teluk kalung tempat asalnya
Dihantar kemari untuk berdikari
Ditemani syazwan sepanjang hari
Itulah dia wali kawan kami.

Suka menyanyi itu hobinya
Biru warna kegemarannya
Orangnya ceria sepanjang hari
Izzati Dayana gelaran diberi.

Berkulit cerah ceria orangnya
Anak Encik Yusuf cantik orangnya
Dalam diam ramai peminatnya
Nurul Izzah baik orangnya.

Suka merajuk senang dipujuk
Kalau dipuji tersipu malu
Orangnya pandai suka mengira
Bertudung labuh Niasaa' namanya.

'Mat Daroh' gelaran diberi
Dari chabang datang kemari
Suka melawak tak kering gusi
Amirul Lokman pelawak kami.

'Ben10' pengenalan diri
Menjadi atlit kebanggaan kami
Berambut landak berduri-duri
Amirul Ashraf cute sekali.

Dikenali Esah di kalangan kami
Bertubuh kecil aktif sekali
Bola baling itu minatnta
Aisyah Mansor itu namanya.

Hitam manis iktu kulitnya
Menyakat orang itu kerjanya
Tidak peduli apa orang kata
Mahfizuddin nakal orangnya.

Badannya kecil cantik sekali
Sering menjadi tatapan kami
Anis Syamimi diam sekali
Sentiasa bersama 'best student' kami.

Suka bercerita itu dan ini
Gelak ketawanya menggoda sekali
Telah ke chabang datang semula
Asmaa' Nadhirah empunya cerita.

Syka melawak itu mereka
Lawak direka hingga terlena
Afiq dan hisyam best friend forever
Sering bersama suka dan duka.

Orangnya baik budi pekerti
Baju hitam paling diminati
Orangnya lembut pandai berdikari
Amirul Syazwan 'kakak' kami.

Dari kerteh datang kemari
Orangnya garang tetapi baik hati
Apabila marah semua diam
Itulah Aqil harimau di kelas razi.

Bersikap selamba bila kena kata
Nampak biasa sakan bergaya
Aiman Danial gerangannya
Sekali bersuara kecoh jadinya.

Syamimi Aidila empunya cerita
Di dalam kelas diam sahaja
Bila ditanya tersunyum sahaja
Maklumlah pemalu orangnya.

Sekian  sudah seloka kami
Memori 31 pelajar kelas ini
Sepuluh jari tersusun rapi
Semoga berjaya PT3 nanti.

Dihujung rambut di hujung kaki
Maaf kan semua salah silap kami
Andai kemaafan usai diberi
Terima kasih, kami mengundur diri.
Salam sejahtera penutup seloka.


Edit by : Liyana Wahida, Nurulain Syaza, Nurul Izzah, Natasya.
Write by : Nurulain Syaza,  Nurul Izzah,  Natasya






Post a Comment

The Queen
archive
cbox
credit